Sunday, March 1, 2009

Manifesto ISMA 2009



PENGENALAN

KEADILAN dan KEBAJIKAN mahasiswa menjadi misi utama perjuangan ISMA dalam melahirkan guru yang cemerlang dan terbilang disamping memangkin guru pelatih supaya mempertahankan hak mereka.

VISI

ISMA akan memperjuangkan hak dan kepentingan pelajar IPTHO merentasi semua aspek kebajikan.

MISI

1. Memperjuangkan hak dan kepentingan guru pelatih.

2. Mencuba sebaik mungkin untuk memenuhi manifesto.

3. Menjulang visi dan misi sejajar dengan matlamat pihak pengurusan dan pentadbiran.

MOTTO

“One X for Me, One Year for You”


1. HAK GURU PELATIH

i. Berpersatuan dan berorganisasi

a. Memperjuangkan kebebasan bersuara dan berpersatuan bagi menjamin hak dan kepentingan guru pelatih.

b. Mengurangkan karenah birokrasi dalam menjalankan aktiviti guru pelatih.

c. Memberi peluang guru pelatih memimpin organisasi dengan lebih terbuka.

ii. Hak bersuara

a. Mengesyorkan pihak pentadbiran dapat memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk menyuarakan hak mereka melalui penerbitan majalah atau risalah khusus.

b. Mencadangkan pihak pentadbiran agar menyediakan kemudahan fotostat untuk penerbitan majalah atau risalah khusus.

c. Mengesyorkan pihak pentadbiran mengumumkan masalah atau aduan yang dibuat oleh guru pelatih secara terbuka dan telus.

2. HAK KEBAJIKAN

Menjadi tanggungjawab kami memastikan hak guru pelatih terjamin dan terbela.

i. Penginapan

a. Menggesa pihak pentadbiran dapat menyediakan perkhidmatan internet yang lancar.

b. Mencadangkan supaya perkhidmatan dobi diuruselia oleh koperasi dan dijalankan di dalam institut.

c. Mengesyorkan pihak pentadbiran dapat menyediakan susur gajah dari blok 04 ke blok 06, blok 06 ke masjid, blok 03 ke blok 05, blok 02 ke blok 05 dan Pusat Pentadbiran ke pondok pengawal.

d. Mencadangkan pihak pengurusan dapat menyediakan tembok bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini di kolej kediaman.


ii. Pengangkutan

a. Memastikan jalan raya diurus dan diselenggara dengan baik bagi memastikan keselamatan guru pelatih.

b. Mencadangkan pihak pengurusan mengurangkan birokrasi dalam pemilikan stiker kebenaran kenderaan.

iii. Kafeteria dan Makanan

a. Menggesa pihak pengurusan premis makanan supaya cakna terhadap kualiti, kebersihan dan harga makanan.

b. Memastikan kebersihan premis terjaga dan layanan perkhidmatan pengusaha memuaskan.

c. Memastikan infrastruktur premis lengkap dan terjaga.

d. Mencadangkan kantin di buka pada waktu malam.

iv. Kesihatan

a. Mengutamakan kesihatan guru pelatih dengan mengadakan Hari Kesihatan dan hari rawatan secara percuma.

b. Mencadangkan pihak pengurusan bersedia menghantar dan mengambil guru pelatih dari hospital tanpa mengira waktu.

v. Kewangan

a. Menggesa pihak pentadbir mengeluarkan slip terperinci elaun guru pelatih untuk setiap opsyen.

vi. Tempat letak kenderaan

a. Mencadangkan pihak pentadbiran dapat menyediakan tempat letak kenderaan yang selesa dan selamat.

b. Mencadangkan pihak pengurusan dapat menyediakan jalan bertar ke tempat letak motor Kolej Kediaman Blok Ehsan.

c. Mengesyorkan pihak pengurusan dapat membuat benteng penghadang tanah di tempat letak motor Blok Ehsan.

vii. Keselamatan

a. Mengesyorkan pihak pentadbiran agar menyediakan lampu-lampu jalan di tempat tertentu bagi mengelakkan maksiat dan keselamatan terjamin.

3. INFRASTRUKTUR PEMBELAJARAN DAN PENDIDIKAN GURU PELATIH

i. Menggesa pihak pentadbiran dapat menyediakan bilik pembelajaran dan makmal yang menjurus kepada pembentukan guru berdedikasi.

ii. Mencadangkan pihak pentadbiran agar mewujudkan Bilik BBM dan Bilik PBS.

iii. Mencadangkan pihak pengurusan pusat sumber agar memperbanyak bahan rujukan terkini.

iv. Memastikan laman web institut berfungsi sepenuhnya sebagai media informasi terkini institut.

v. Mengsyorkan agar pihak pentadbiran dapat memaparkan silibus dan sumber rujukan terkini bagi subjek pengajian di dalam laman web.

vi. Mencadangkan agar keputusan peperiksaan dapat diperolehi dari laman web.


4. KEBUDAYAAN DAN INTERGRASI

i. Menyemai semangat bersatu padu, hormat menghormati serta bantu-membantu antara guru pelatih.

ii. Mengsyorkan pihak pentadbiran agar mengadakan majlis kebudayaan dan kesenian antara kaum.

iii. Mengadakan majlis khusus bagi meraikan pelajar tahun akhir.

5. KEAGAMAAN

i. Memberi kebebasan kepada semua kaum untuk mengadakan aktiviti keagamaan dan kebudayaan.

6. SUKAN

i. Menyemai semangat kesukanan dan integrasi melalui aktiviti-aktiviti sukan dan kesenian di kalangan guru pelatih.

ii. Menggesa supaya pihak pentadbiran dapat menyediakan kemudahan sukan seperti trek balapan dan penyelenggaraan secara berterusan.

iii. Mengesyorkan pihak pentadbiran dapat mengeluarkan garis panduan penggunaan kemudahan sukan.

7. ALAM SEKITAR

i. Mencadangkan agar pihak pentadbiran mengadakan program menghijaukan kampus.

ii. Memastikan sampah sarap dapat diurus dengan sistematik.




No comments:

Post a Comment