Saturday, February 28, 2009

Ketidakselesaan Yang Tidak Disuarakan




Malaysia terkenal dengan anugerah alam flora dan faunanya yang menghijau dan menyerikan. keindahan alam yang tak ternilai ini merupakan salah satu warisan yang perlu kita jaga. Antara keindahan yang ada di Malaysia ialah gua. Terdapat banyak gua yang indah dan cantik di serata negeri. Contohnya Gua Kelam, Gua Niah, Gua Dinding, Gua Kelawar Langkawi dan banyak lagi. Asalkan berduit dan mempunyai kenderaan kiat boleh melancong dan melihatnya dengan lebih dekat lagi.

Di dalam gua terdapat pelbagai bentuk hiasan asli gua batu kapur seperti STALAGMIT dan STALAKTIT yang pelbagai bentuk , saiz dan arca indah. Para peminat geopark boleh melihat pelbagai khazanah alam yang belum begitu terusik berusia jutaan tahun. Burung-burung dan kelawar kelihatan tergantung di lelangit gua . Suasananya amat gelap dan menyeramkan. Pemandu pelancong atau pemandu bot akan memberikan sebuah lampu suluh ketika hendak masuk ke dalam gua . Panjang gua boleh mencapai beratus-ratus meter.

Jika dimasukkan di dalam silibus pelajaran, guru-guru mungkin pening dan gusar bagaimanakah caranya untuk menerangkan kepada murid-murid apakah itu - 'Stalagmit' dan 'Stalaktit'. Ia juga dikenali sebagai titisan batu halus (mikro) berunsurkan kalsium berkepekatan tinggi yang bergerak dan mengikat zarah-zarah dengan bantu air.

Tidak perlu melancong jauh, ayuh kita melihat ke tandas / bilik air sekitar kolej kediaman kita. Lagi bermakna kita 'bawakkan bersama' Penyelia Asrama yang begitu komited terhadap undang-undang dan peraturan asrama (yg suka wat rush tu). Marilah sejenak kita beriadah.

'Keindahan' yang hanya di dapati di gua batu kapur ini bukanlah terbentuk sekitar 2 ribu hingga 10 ribu tahun dahulu,tetapi hanya berlaku berbulan sejak kebelakangan ini. Ia merupakan titisan air dan kalsium yang 'bocor' dari paip pembentungan. Sehingga menyebabkan STALAGMIT dan STALAKTIT! Lebih menyedihkan ia turun bersama air najis yang menitik seolah-olah hujan di pagi hari. Siapakah yang boleh tahan dengan apa yang berlaku?

Jika setitik air 'embun' ini menitis lalu hinggap di kepala kita apakah reaksi kita? Bagi penghuni beragama Islam, air ini merupakan air najis dan digelar najis mutawhsitah. Ia perlu dibersihkan menggunakan 3 kali bilasan air bersih yakni mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa. Manakala jika terkena kepada penghuni hostel berketurunan Cina pulak, ia melambangkan 'suey' atau sial. Sehingga menjejaskan 'ong' dan menggugat fung shyui dalam kehidupan harian. Begitu juga terhadap penghuni berketurunan India.

Masalah yang berlaku bertambah buruk lagi dengan adanya tingkap yang pecah, pintu yang tertanggal dan lubang paip yang tersumbat.

Lebih menyedihkan, tandas yang digunakan itu turut dikongsi bersama oleh calon YDP ISMA dan Calon Bendahari Agong GAPI. Menurut manifesto ISMA yang diwarwarkan, - kebajikan pelajar / penghuni asrama akan terpilihara.

Ayuh, berikan lah sokongan padu kepada ISMA dan barisan calonnya. Kami ISMA kan sedaya upaya menyelesaikan masalah yang dihadapi ini demi kepentingan keselesaan penghuni, guru pelatih IPGM KTHO ini. Berikanlah kami peluang untuk memegang jawatan terpenting kampus sepenggal ini. Bersama sama kita membentuk pakatan Inspirasi Suara Mahasiswa!


P/S : Sebarang permasalahan boleh disuarakan kepada barisan calon ISMA, dan setiap masalah akan di post kan di dalam blog. Biarkan masalah ini terang lagi bersuluh agar semua pihak membuka mata dan kami ISMA akan menyelesaikannya.

'Stalagmit' yang boleh dilihat
'Stalaktit' yang terhasil di lantai 'gua'


bukan 1, tetapi banyak lagi yang dapat dilihat

Tinjauan Selepas Hujan


ribut melanda bersama perarakan awan gelap,sebelum hujan turun dgn lebat petang tadi.

longkang yang dibina pagi tadi mampu mengalirkan air hujan

becak dan berlumpur telah berkurangan,tetapi tetap dipandang serius


Selepas beberapa jam hujan lebat pada petang tadi, wartawan ISMA mendapati longkang yang dibina mampu mengalirkan aliran air hujan sekaligus berjaya mengurangkan lumpur dan air melimpah di atas simen garaj. Namun begitu, terdapat juga aliran air yang berjaya 'mencuri' masuk ke dalam garaj.

Tinjauan juga mendapati, motosikal para penghuni juga mengalami comot ketara akibat lumpur dan becak ini. Keadaan ini amat memilukan apabila majoritinya menggunakan motosikal yang cantik designnya tetapi 'comot' kerana lumpur ini seperti LC 135, RXZ 135 dan juga beberapa buah Honda Wave dan Honda EX5.

Pemuda ISMA juga menyeru semua pengundi agar membuat pilihan terbaik dalam memilih calon dan perwakilan exco agar kebajikan dan hak pelajar IPGM KTHO ini terjamin. -W.K.I.2009.

ISMA Akan Gempur Aspuri


Terdapat hampir 120 dikeluarkan. Sila dapatkan lencana ISMA dari wakil Puteri ISMA di kolej kediaman anda!

Sokonglah ISMA! Undilah ISMA!


P/S: ISMA sedang mencari wakil2 sukarela untuk Puteri ISMA. Kepada SEsiapa yang berminat sila reply / post comments.

Friday, February 27, 2009

ISMA-Keselesaan,Kebersihan Diutamakan






28 Februari - Seperti yang dimaklumkan oleh pihak atasan, gotong royong kolej kediaman berjalan dengan lancar dan mendapat semua sokongan dari penghuni asrama. Di dapati semua penghuni menjalankan aktiviti gotong royong di kawasan yang ditetapkan dan penuh komitmen.

Jika dilihat, pada hari ini (diwakili oleh) Pemuda ISMA telah melanjutkan masa gotong-royong untuk membersihkan dan membuat benteng longkang untuk garaj motosikal Blok Parit Ekhsan.

Tujuannya untuk mengelakkan keadaan berlumpur tanah merah yang dihadapi sejak 2 minggu yang lalu. Selain itu juga, longkang digali dan dibina benteng sementara.

Diharap apa yang dilakukan oleh Pemuda ISMA ini dapat memberi keselesaan terhadap pengguna motosikal di blok berkenaan tidak kira penyokong ISMA, GAPI, atau Bebas. Bak kata pepatah WonderPets... "Apa yang penting? - KERJASAMA..."

Menurut calon YDP ISMA, pihak ISMA akan cuba memohon supaya diturup lereng bukit yang terdedah berhampiran garaj berkenaan dan menurap jalan tar untuk sepanjang jalan ke garaj motosikal itu. Menurut calon YDP ISMA " Kita tak janji untuk dapat semua ini sebab kos untuk jalan tar amat tinggi, cuma kita leh berusaha. Dapat jalan berbatu pasir pun dah boleh dah. Berkenaan lumpur yang selalu membanjiri garaj, kami di pihak ISMA akan memohon bantuan untuk dibatukan sekitar lereng bukit ini. Jika tak dapat juga,kita akan mintak rumput ditanam".

Gotong royong sekitar garaj motosikal ini juga menarik perhatian semua kerana bekas YDP musim lalu juga turun untuk membantu. - Wartawan Khas ISMA-2009.

Murtad Parti - Fair To All 'gadai' Prinsip?




Kempen menghampiri 'garisan' klimaks. Pelbagai gosip panas berkaitan skandal dan lompat parti mula kedengaran. Tetapi keadaan masih terkawal. Adakah pasangan calon Fair to All ini sanggup menggadai prinsip perjuangan dan menerima kerugian dalam kempen.

Perkembangan selanjutnya masih belum diketahui ( masih dalam proses kemaskini).

Kenali Calon ISMA Yg Menang Jawatan




BIODATA CALON NAIB BENDAHARI:

· CHEW WOEI AUN

· OPSYEN PENGAJIAN CINA, PISMP AMBILAN JULAI 2008

· ALOR SETAR, KEDAH

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG:

· PENOLONG KETUA PENGAWAS SEKOLAH

· AHLI SIDANG REDAKSI SEKOLAH

· SARJAN UNIT TRAFIK SEKOLAH

· AJK BENGKEL PETAH BICARA

· PENGERUSI TRIP LAWATAN KE TANJUNG PIAI

· AJK LAWATAN KE MEMORIAL KUALA LUMPUR

· KETUA OPSYEN

· PENGERUSI ENGLISH NIGHT

· BENDAHARI PASUKAN PENGAKAP

· PENGERUSI UNIT PAKAIAN SERAGAM

PENCAPAIAN:

· MENDAPAT ANUGERAH BAKTI MURNI

· ANUGERAH KEPIMPINAN CEMERLANG

· JOHAN BOLA TAMPAR DAERAH

· KETIGA BOLA KERANJANG DAERAH

· JOHAN BOLA BALING DAERAH

· KEEMPAT DEBAT ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU

· WAKIL KAGUM BOLA TAMPAR PERAK

· KETIGA MERENTAS DESA IPTHO

NAIB JOHAN PERSEORANGAN DAN BERGU KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP IPTHO

Jumaat-27 Feb-Gantung Poster Semalam

Aktiviti menampal dan menaikkan poster ISMA sekitar pukul 12.00 hingga 3.00pagi ( Jumaat 27 Februari 2009).Ribuan terima kasih kepada semua yang datang membantu tanpa mengira agama dan kaum.(Melayu ada Cina pun ada)

HIDUP ISMA! HIDUP ISMA! HIDUP ISMA!

















PANAS!!! Konspirasi Dua FAIZ Terbongkar!



Jumaat, 27 Feb_Bilik gerakan ISMA dikejutkan dengan satu emel misteri yang dikirimkan kepada Ketua Editor ISMA. Emel tanpa alamat pengirim (private email) itu dihantar kira-kira pukul 2.30 pagi ketika sukarelawan ISMA sedang sibuk menyiapkan lencana kempen. Setelah dibuka, kandungan emel tersebut mengejutkan semua sukarelawan dan menyebabkan suasana kecoh dalam bilik gerakan. Kandungan emel tersebut jika tersebar ke khalayak umum akan memberikan impak yang besar dalam pilihanraya nanti. Isu ini lebih hangat daripada kontroversi lompat parti! Dalam emel tersebut, sekeping gambar makan malam melibatkan dua calon yang mempunyai nama yang serupa- FAIZ- tetapi berlainan parti.
Gambar yang dikirimkan menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak. Adakah salah seorang daripada calon berkenaan membelakangkan parti dan akan melompat parti kelak? Calon yang dimaksudkan ialah Mohd Faiz Bin Mohd Baharan yang akan bertanding jawatan Naib Setiausaha Agong dan Ahmad Faiz Bin Ramli yang akan bertanding jawatan Bendahari Agong.
Untuk mendapatkan kepastian, calon ISMA yang berkenaan telah dipanggil dan disoal siasat. Adalah dimaklumkan bahawa gambar yang kontroversi ini merupakan gambar kenangan makan malam di sebuah hotel terkemuka yang diambil sehari sebelum penamaan calon! Pemuda ISMA memandang serius akan hal ini. Kesetiaan calon terhadap parti ISMA peru ditekankan agar tidak terdapat konspirasi lompat parti mahupun politik wang.
Pemuda ISMA dan calon YDP menyeru kepada semua guru pelatih agar memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kerana ISMA merupakan ‘platform’ yang memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar di Kampus Tun Hussein Onn ini. Pemuda ISMA dan calon YDP – Mohd Ikram Bin Sa’adan juga mengucapkan terima kasih kepada semua jentera ISMA kerana membantu dalam musim kempen ini. – WARTAWAN KHAS ISMA 2009.

Thursday, February 26, 2009

Calon Bendahari ISMA




BIODATA CALON BENDAHARI:
• KHAIRUL NIZAM BIN MOHD SOPERY
• OPSYEN REKA BENTUK TEKNOLOGI, PISMP AMBILAN JANUARI 2009
• NEGERI SEMBILAN

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG:
• PERWAKILAN DELEGASI IPGM KAMPUS TUN HUSSEIN ONN KE PERSIDANGAN JPP IPGM PERINGKAT KEBANGSAAN 2008
• MANTAN KETUA BIRO PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
• EXCO JPP IPGM KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

PENCAPAIAN:
• PESERTA PERTANDINGAN DEBAT ALA PARLIMEN PIALA PERDANA MENTERI PERINGKAT KEBANGSAAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH.
• PESERTA PERTANDINGAN DEBAT ALA PARLIMEN PIALA TIMB. MENTERI PELAJARAN IPGM PERINGKAT KEBANGSAAN.
• PESERTA PIDATO KARNIVAL KURIKULUM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Calon Naib Yang DiPertua (NYDP)



BIODATA CALON NAIB YANG DIPERTUA:
• SHAHRUL AFZAN BIN SAMSUL ALI
• OPSYEN PRASEKOLAH, PISMP AMBILAN JULAI 2008
• RUMAH AWAM AIR MOLEK, MELAKA.

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG:
• AHLI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SMK SERI SEMANTAN (2003-2005)
• EXCO SIARAYA JPP (2007-2009)
• KETUA OPSYEN PRASEKOLAH(2007)
• PENGERUSI MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU KPLI (2007)
• PENGERUSI SEMINAR DAN BENGKEL BINA INSAN GURU PERINGKAT KAMPUS (2008)
• BENDAHARI KOLEJ KEDIAMAN BLOK 04 (2007-2008)

PENCAPAIAN:
• BOLA SEPAK PERINGKAT DEARAH(2006)
• NAIB JOHAN SYARAHAN MTTHQSN IPTHO (2008)
• PESERTA SIMPANAN PESTA PANTUN PERINGKAT IPGM SELURUH KAMPUS (2008)
• PESERTA WAC PULAU TUBA, LANGKAWI(2007)
• KOIR HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT BATU PAHAT(2007)
• JEMPUTAN KHAS MAJLIS MAKAN MALAM PALAPES LAUT USM (2009)

Calon Setiausaha ISMA




BIODATA CALON SETIAUSAHA:
• HOO YEE MIN
• OPSYEN PENGAJIAN CINA, PISMP AMBILAN JULAI 2008
• PULAU PINANG

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG:
• AJK PERSATUAN BADMINTON
• NAIB PENGERUSI PERSATUAN WUSHU
• KETUA DISIPLIN PERSATUAN OKESTRA
• PENOLONG PERTOLONGAN CEMAS PENGAKAP KE-35
• AJK PERSATUAN BOLA KERANJANG
• PENGACARA KEM MOTIVASI SEKOLAH RENDAH PANCHOR, JOHOR
• PENGACARA KEM SAJAK IPTHO ANJURAN JABATAN BAHASA CINA

PENCAPAIAN:
• NAIB JOHAN PERTANDINGAN WUSHU PERINGKAT MALAYSIA UTARA
• NAIB JOHAN KUIZ PERINGKAT NEGERI
• KE-4 KUIZ PERINGKAT KEBANGSAAN
• JOHAN PERTANDINGAN PIDATO BAHASA CINA PERINGKAT NEGERI
• PEMENANG 150 TERATAS MARATHON 10 KM PERINGKAT ANTARABANGSA
• PINGAT PERAK LARIAN 1500 M PERINGKAT NEGERI
• PINGAT EMAS LARIAN 1500 M PERINGKAT DAERAH

Calon Naib Setiausaha ISMA



BIODATA CALON NAIB SETIAUSAHA:
• MOHD FAIZ BIN MOHD BAHARAN
• OPSYEN PENGAJIAN AGAMA ISLAM, PISMP AMBILAN JULAI 2008
• MERU, KLANG, SELANGOR

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG:
• EXCO AGAMA & MORAL JPP (2008 & 2009)
• SETIAUSAHA MASJID AT-TARBIYAH IPTHO (2007-2009)
• KETUA OPSYEN P. AGAMA (2007)
• PENGARAH PROGRAM KEM IBADAH (2008)
• K. UNIT BIRO PENGACARAAN, PROG. BINA INSAN GURU SEMESTER 2 (2008)
• K. FASILITATOR PROG. KECEMERLANGAN PELAJAR, SK KAHANG (2008)
• SETIAUSAHA MTTHQSN IPTHO (2008)
• SETIAUSAHA PERTANDINGAN TENIS TERTUTUP IPTHO (2006)
• SETIAUSAHA OPSYEN PENGAJIAN AGAMA (2006-2008)
• PENGERUSI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (2005)
• PENGERUSI PBSM (2005)
• SETIAUSAHA BADAN DAKWAH & KEROHANIAN (2005)

PENCAPAIAN:
• KETIGA PERTANDINGAN SYAIR & PUISI PELBAGAI KAUM PERINGKAT IPTA & IPTS MELAKA (2007)
• PESERTA PERTANDINGAN SYARAHAN MAAL HIJRAH IPGM PERINGKAT KEBANGSAAN, IPKT, TERENGGANU (2008

Mari Mengenal Calon YDP Anda..



BIODATA CALON YANG DIPERTUA:
• MOHD IKRAM BIN MOHD SA’ADAN
• OPSYEN PENGAJIAN AGAMA ISLAM, PISMP AMBILAN JULAI 2008
• FELDA CHEMOMOI, BENTONG , PAHANG

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG:
• BENDAHARI PERSATUAN BAHASA ARAB
• KETUA PELAJAR (ASRAMA), SMK SULAIMAN (2005)
• EXCO PENERBITAN & PUBLISITI JPP (2007)
• EXCO KEBAJIKAN JPP (2008)
• KETUA OPSYEN P.AGAMA (2009)

PENCAPAIAN:
• IHTIFAL SMK AGAMA KEBANGSAAN –BAHASA ARAB (2002)
• BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH JERANTUT (2003)
• IHTIFAL SMK AGAMA PERINGKAT SEKOLAH (2000 & 2003)
• JOHAN PERTANDINGAN TENIS TERTUTUP IPTHO (2006 & 2007)
• KOIR HARI GURU KEBANGSAAN (2007)
• MTTHQSN IPTHO – NASYID & TAFSIR (2008)

Memerlukan Pertolongan dan Sumbangan Pencetakan!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya mewakili Pemuda ISMA ..merayu bantuan rakan-rakan seperjuangan dalam menghasilkan 100 hingga 200 butir brooch ISMA. Buat masa sekarang (pukul 8.37mlm) hanya 24 brooch berjaya dihasilkan.

Tujuannya - sebagai satu cenderahati berkempen dan pelaris dalam pilihanraya ini.

Masalah yang dihadapi sekarang ialah :

Kekurangan sponser cetakan logo, gam seletip dan kekurangan tenaga pekerja.

Diharap, sesiapa yang sudi membantu sila hubungi saudara Bekok @ Waqi. Kerjasama rakan rakan seperjuangan amat ditagih dan dihargai.




Contoh brooch yang dihasilkan dan sedia diedarkan.



Peralatan 80% pencukupi dan masih memerlukan sponser..(pencetakan logo).

Aktiviti Malam-Menaikkan Poster (pagi 26 Feb 09)

Terima Kasih..kepada semua penyokong ISMA.

Walaupun blog ni baru dibina/ditubuhkan 12 jam yang lalu, sambutannya amat meriah dan memberansangkan. Terima kasih atas semua sokongan anda.

Pada 26 Februari-sekitar 12.30pagi sehingga 2.30pagi kelab penyokong ISMA telah menjalankan aktivi menaikkan poster calon yang bertanding.

Berikut merupakan gambar yang telah dirakamkan.













Aktiviti selamat dijalankan tanpa masalah yang mengganggu kelancarannya. Sekalung penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang setia dan menyokong ISMA. Walaupun berlainan opsyen dan kursus, aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik dan kesannya ia dapat mengeratkan silaturahim sesama kita..

Wednesday, February 25, 2009

Pengenalan Kepada ISMA


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur ke HadratNya, dengan limpah kurniaNya telah dapat kami sebagai penyokong Inspirasi Suara Mahasiswa ini melahirkan sebuah laman blog sebagai 'penyata hala tuja' kami.

ISMA - singkatannya kepada INSPIRASI SUARA MAHASISWA bukanlah sebuah parti politik kampus yang terlalu gimik, tetapi ia lebih kepada (atau mengfokuskan) satu gagasan pelajar yang memperjuangkan dan menjaga hak-hak pelajar (khususnya guru pelatih IPGM Kampus Tun Hussein Onn). Bertemakan motto - ''One X for Me, one Year for You''.

Berlogokan bulat berwarna hitam dan ungu, ia mengabadikan logo IPGM Kampus Tun Hussein Onn di tengahnya. Selain itu juga, mempunyai satu lembaga insan / manusia di sisi. Melambangkan 'kami' sentiasa bersamamu (IPGM Kampus Tun Hussein Onn).