28 Februari - Seperti yang dimaklumkan oleh pihak atasan, gotong royong kolej kediaman berjalan dengan lancar dan mendapat semua sokongan dari penghuni asrama. Di dapati semua penghuni menjalankan aktiviti gotong royong di kawasan yang ditetapkan dan penuh komitmen.
Jika dilihat, pada hari ini (diwakili oleh) Pemuda ISMA telah melanjutkan masa gotong-royong untuk membersihkan dan membuat benteng longkang untuk garaj motosikal Blok Parit Ekhsan.
Tujuannya untuk mengelakkan keadaan berlumpur tanah merah yang dihadapi sejak 2 minggu yang lalu. Selain itu juga, longkang digali dan dibina benteng sementara.
Diharap apa yang dilakukan oleh Pemuda ISMA ini dapat memberi keselesaan terhadap pengguna motosikal di blok berkenaan tidak kira penyokong ISMA, GAPI, atau Bebas. Bak kata pepatah WonderPets... "Apa yang penting? - KERJASAMA..."
Menurut calon YDP ISMA, pihak ISMA akan cuba memohon supaya diturup lereng bukit yang terdedah berhampiran garaj berkenaan dan menurap jalan tar untuk sepanjang jalan ke garaj motosikal itu. Menurut calon YDP ISMA " Kita tak janji untuk dapat semua ini sebab kos untuk jalan tar amat tinggi, cuma kita leh berusaha. Dapat jalan berbatu pasir pun dah boleh dah. Berkenaan lumpur yang selalu membanjiri garaj, kami di pihak ISMA akan memohon bantuan untuk dibatukan sekitar lereng bukit ini. Jika tak dapat juga,kita akan mintak rumput ditanam".
Gotong royong sekitar garaj motosikal ini juga menarik perhatian semua kerana bekas YDP musim lalu juga turun untuk membantu. - Wartawan Khas ISMA-2009.
No comments:
Post a Comment