Friday, February 27, 2009

PANAS!!! Konspirasi Dua FAIZ Terbongkar!



Jumaat, 27 Feb_Bilik gerakan ISMA dikejutkan dengan satu emel misteri yang dikirimkan kepada Ketua Editor ISMA. Emel tanpa alamat pengirim (private email) itu dihantar kira-kira pukul 2.30 pagi ketika sukarelawan ISMA sedang sibuk menyiapkan lencana kempen. Setelah dibuka, kandungan emel tersebut mengejutkan semua sukarelawan dan menyebabkan suasana kecoh dalam bilik gerakan. Kandungan emel tersebut jika tersebar ke khalayak umum akan memberikan impak yang besar dalam pilihanraya nanti. Isu ini lebih hangat daripada kontroversi lompat parti! Dalam emel tersebut, sekeping gambar makan malam melibatkan dua calon yang mempunyai nama yang serupa- FAIZ- tetapi berlainan parti.
Gambar yang dikirimkan menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak. Adakah salah seorang daripada calon berkenaan membelakangkan parti dan akan melompat parti kelak? Calon yang dimaksudkan ialah Mohd Faiz Bin Mohd Baharan yang akan bertanding jawatan Naib Setiausaha Agong dan Ahmad Faiz Bin Ramli yang akan bertanding jawatan Bendahari Agong.
Untuk mendapatkan kepastian, calon ISMA yang berkenaan telah dipanggil dan disoal siasat. Adalah dimaklumkan bahawa gambar yang kontroversi ini merupakan gambar kenangan makan malam di sebuah hotel terkemuka yang diambil sehari sebelum penamaan calon! Pemuda ISMA memandang serius akan hal ini. Kesetiaan calon terhadap parti ISMA peru ditekankan agar tidak terdapat konspirasi lompat parti mahupun politik wang.
Pemuda ISMA dan calon YDP menyeru kepada semua guru pelatih agar memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kerana ISMA merupakan ‘platform’ yang memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar di Kampus Tun Hussein Onn ini. Pemuda ISMA dan calon YDP – Mohd Ikram Bin Sa’adan juga mengucapkan terima kasih kepada semua jentera ISMA kerana membantu dalam musim kempen ini. – WARTAWAN KHAS ISMA 2009.

1 comment: