Friday, March 6, 2009

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PILIHAN RAYA IPGM KTHO

Laporan terkini dari Bilik Suruhanjaya Pilihan Raya Institut Perguruan Tun Hussein Onn.
Mengikut maklumat yang diberikan oleh wakil kita di sana, di sini diumumkan keputusan tidak rasmi pilihan raya:

YDP dimenangi oleh Saudara Faizal(Bebas)(Majoriti 94 undi)

NYDP dimenangi oleh Shahrul(ISMA)(Majoriti 384 undi)

S/U dimenangi oleh Nor Aini(GAPI)( Majoriti 139 undi)

N.S/U dimenangi oleh Faiz(ISMA)(Majoriti 257 undi)

Bendahari dimenangi oleh Ahmad Faiz(GAPI)(Majoriti 58 undi)

N/Bend Menang Tanpa bertanding: Chew(ISMA)

ISMA memenangi 3 kerusi, GAPI 2 Kerusi dan Bebas 1 kerusi

Sekian, Tahniah pada yang bertanding.Keputusan Rasmi akan diumumkan Selasa ini.

Thursday, March 5, 2009

Marilah Mari..Kita Mengundi..Tunaikan Kewajiban Kepada Kampus...




Hari : Jumaat
Masa : 8 pagi sehingga 12.00 tengah hari..
Tempat : Balai Budiman

Marilah kita beramai-ramai datang dan membuang undi.

TIPS :

-BAWA BERSAMA KAD PENGENALAN / KAD MATRIX IPGM KTH

-MATIKAN TELEFON BIMBIT ATAU GUNAKAN 'SILENT MOOD'.

-BERATUR MENGIKUT GILIRAN.


-BERIKAN LALUAN KEPADA MEREKA YANG MAHU PULANG AWAL / MEMPUNYAI URUSAN LAIN.

-BERPAKAIAN KEMAS DATANG KE PUSAT PENGUNDIAN

-DILARANG MEROKOK DAN MAKAN.

-ELAKKAN BERPAKAIN TIDAK SENONOH KERANA ANDA MUNGKIN DIGELAR PENGUNDI HANTU


-TIDAK MELAMBATKAN MEMBUANG UNDI DENGAN MELEPAK DI POS PERAIH UNDI.


-JANGAN MENCONTENG ATAU LUKIS DI ATAS KERTAS UNDI


-PANGKAH DI DALAM KOTAK YANG DISEDIAKAN

-ELAKKAN UNDI ROSAK.


-JANGAN MENJERIT DI DALAM PUSAT PENGUNDIAN.

-JANGAN MENIRU KERTAS UNDI RAKAN ANDA.


-UNDI ADALAH RAHSIA DAN TIDAK BOLEH DIUMUMKAN KEPADA SESIAPA PUN.


-ELAKKAN MEMBAWA LOGO PARTI.


-DILARANG BERBUAL KOSONG DENGAN PETUGAS.

-JANGAN MEMBERI RASUAH MAHUPUN SUAPAN KEPADA PETUGAS ATAU PENGUNDI LAIN.

-JIKA TERDAPAT KERAGUAN SILA BERTANYA KEPADA PETUGAS. JANGAN BAWA KELUAR KERTAS UNDI.

-JIKA ANDA SEORANG PENGUNDI 'DI ATAS PAGAR' , SILA PANGKAH CALON ISMA KERANA SETIAP UNDI AMAT BERNILAI BAGI KAMI.

-MASUK DAN KELUAR MENGIKUT LALUAN YANG DISEDIAKAN.


-FIKIR DAHULU SEBELUM MEMBUANG UNDI

- JANGAN MELENGAHKAN MASA.


-SILA LAPORKAN KERAGUAN ATAU KELIBAT YANG MENCURIGAKAN. MEREKA MUNGKIN PENGUNDI HANTU YANG DIIMPORT DARI IP YANG BERDEKATAN ATAU PELAJAR TEKNIK.


-JIKA ANDA PEMPUNYAI KULIAH ATAU KELAS, SILA MINTAK PENGECUALIAN ATAU KELUAR PENGIKUT KEBENARAN PENSYARAH.



Selamat mengundi kepada semua mahasiswa IPGM KTHO tidak kira kepada ahli parti yang bertanding. Suarakan kemahuan anda dengan memangkah parti yang mampu membawa kebaikkan, kebajikan dan keadilan kepada hidup anda di kampus.

Sekadar Renungan...

ISMA,ISMA dan ISMA

Wednesday, March 4, 2009

Kalam Pidato 4 Februari 2009


Berikut merupakan laporan dan ringkasan daripada Pidato Umum yang dijalankan di BALSIS.


Kalam pidato….

8.50 mlm : Calon dan penyokong GAPI mula berkumpul di hadapan blok 04. Sebanyak 3 buah kereta dan 22 buah motorsikal digunakan dalam perarakan tersebut. Perarakan diketuai oleh calon YDP GAPI, Kamal Shazni diikuti NYDP dan calon exco tertinggi yang lain. Perarakan ini telah menarik minat para pengundi untuk turun memeriahkan lagi PR kampus yang dijadualkan pada 5 dan 6 Mac 2009.

9.05 : Calon-calon dan penyokong GAPI mula bergerak menuju ke Balai Siswa (BALSIS) yang terletak kira-kira 300m. Apa yang menariknya dalam perarakan ini adalah calon Naib Setiausaha dari F.A.I.R. dilihat bersama-sama dalam perarakan anjuran GAPI.

9.15 : Calon bertanding dari parti GAPI tiba di BALSIS bersama penyokong. Bekas NYDP 2008/2009, saudara Muzammir mengetuai laungan “HIDUP GAPI” sebanyak tiga kali.

9.17 : Calon-calon ISMA diketuai saudara Mohd Ikram bin Sa’adan tiba di BALSIS.

9.20 : En.Raof menjemput dan mempersilakan calon-calon yang bertanding masuk ke BALSIS. Ucapan pembukaan “Pidato Umum” dirasmikan oleh En Raof selaku Penasihat JPP. Beliau juga mengingatkan para calon dan penyokong supaya tidak memainkan sentimen-sentimen yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian di dalam kampus.

9.33 : Pengerusi majlis mengambil tempat dan mengumumkan syarat-syarat pidato. Setelah undian dibuat, calon YDP GAPI memulakan pidatonya.

9.35 : Calon YDP GAPI, saudara Kamal Shazni memberi ucapan. Ketika beliau memberi ucapan berlaku sedikit kekecohan antara kedua-dua belah pihak. Kedengaran laungan “Hidup GAPI” diselang-seli dengan laungan “SUARA MAHASISWA” dan “PATUNG”. Menurut penyokong ISMA, istilah “Patung” membawa erti calon berkenaan adalah boneka kepada pihak tertentu.

9.44 : Masa pidato calon YDP GAPI tamat, akan tetapi beliau masih meneruskan ucapan walaupun dibantah oleh penyokong ISMA. Laungan “Suara Mahasiswa” bergema diruang legar BALSIS.

9.46 : Calon YDP GAPI, saudara Kamal Shazni menamatkan ucapannya. Beliau disambut dengan laungan “HIDUP GAPI”

9.47 : Calon YDP ISMA, saudara Mohd Ikram bin Sa’adan mengambil tempat. Beliau membuka ucapan dengan sebaris ayat al-Quran dan sepotong hadis Rasulullah, bermaksud “Berkatalah benar walau ia pahit”. Beliau juga membuka pidatoya dengan memdendangkan sebuah lagu bertajuk “perjuangan” dan disambut dengan meriah oleh para pengundi. Laungan “SUARA MAHASISWA” bergema! Pada sebelah pagi, saudara Mohd Ikram, calon-calon exco dan beberapa orang penyokong telah memulakan kempen PR di BALSIS dari jam 11.30 pg hingga 1.00 ptg. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan terutama dari pengundi berbangsa Cina.

9.55 : Manakala calon dari parti BEBAS, saudara Mohd Faizal bin Sukri mengambil tempat di atas pentas. Beliau dengan mottonya, “Bersama Menjaga Kebajikan Guru Pelatih” tidak mendapat sambutan berikutan kandungan manifestonya tidak menjurus kepada kebajikan guru pelatih. Beliau dilihat hanya memperjuangkan supaya nama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) diubah kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tinjauan yang dibuat, para pengundi tidak meyakini manifestonya itu dapat dilaksanakan.

10.08 : Setelah ketiga-tiga calon YDP membentangkan matlamat dan hala tuju perjuangan parti masing-masing, kini tibalah masanya calon-calon NYDP mengambil bahagian dalam Pidato Umum. Saudara Saufi yang mewakili GAPI naik ke pentas dan disambut oleh penyokong GAPI dan ISMA dengan laungan “HIDUP GAPI” dan “SEDEKAH”. Berlaku sedikit jerit-menjerit di kedua-dua belah pihak.

10.15 : Kelihatan penyokong GAPI mula berundur sedikit demi sedikit dari BALSIS setelah diasak oleh penyokong ISMA. Perjuangan ISMA diteruskan dengan ucapan “berapi” oleh saudara Shahrul Afzan bin Samsul Ali. Beliau mewakili calon NYDP. Laungan “SUARA MAHASISWA” mula mengambil tempat menggantikan “HIDUP GAPI”

10.24 : Calon Setiausaha Agong GAPI, saudari Noraini mengambil tempat menyampaikan pidatonya Walaubagaimana pun, pidato beliau kurang mendapat perhatian berikutan kaedah penyampaiannya yang tidak berkesan. Pada jam 10.33, calon Setiausaha Agong ISMA, saudari Hoo Yee Min diiringi dengan tepukan gemuruh dan laungan “SUARA MAHASISWA” mencuit perhatian ramai. Ucapan yang kemas dan tersusun memberi suatu kelebihan kepada beliau untuk menarik undi para pengundi. Diakhir ucapan, beliau menyanyikan dua buah lagu buat para pengundi.

10.42 : Calon naib setiausaha GAPI, saudara ‘Fair To All’ mula mengambil tempat. Beliau di “BOO” berikutan isu lompat parti. “Cakap-cakap” mengenai calon F.A.I.R lompat parti yang bertiup kencang sebelum ini ada benarnya. Ini disahkan melalui pengumuman yang dibuat beliau dalam Pidato Umum malam tadi. Bualan ramai mengenai isu “lompat Si Katak lompat” mengambil mula membuka minda penyokong GAPI. Laungan “HIDUP GAPI” tidak kedengaran lagi!

10.57 : Calon Bendahari dari parti GAPI dan ISMA, saudara Ahmad Faiz bin Ramli dan Khairul Nizam bin Mohd Sopery menyampaikan pidato mereka. Ucapan bersemangat dari calon ISMA memberi suntikan baru kepada para pengundi. Pelbagai isu-isu dibangkitkan antaranya pemberian elaun, keselamatan, masalah air, kesihatan dan pemakanan.

11.09 : Semasa calon Bendahari ISMA memberi ucapan, para pengundi dikejutkan dengan kejadian “blackout”. Bekalan elektrik terputus tiba-tiba di semua blok bangunan Kampus Tun Hussein Onn. Walau bagaimana pun, ucapan diteruskan seperti biasa. Laungan “SUARA MAHASISWA” bergema ditengah-tengah kepekatan malam.

11.10 : Saudara Chew Woei Aun yang mewakili ISMA untuk jawatan Naib Bendahari telah diumumkan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon (25 Februari 2009) yang lalu. Beliau telah memberi ucapan yang penuh bersemangat dan menyeru supaya para pengundi keluar mengundi dan menyokong ISMA. Terima kasih Chew.

11.15 : Pidato Umum tamat. Calon-calon bertanding bersama penyokong bersurai.

Tuesday, March 3, 2009

Sembang Shin Chan...

Siapakah Bertanggungjawab ???

Assalammualaiukum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ISMA yang setia dan sering post-post kami ini. Walaupun kami di pihak ISMA mendapat pujian dan kritikan , kami menerimanya dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif. Terima kasih atas pandangan anda semua.

Kami juga memohon maaf kepada pihak-pihak tertentu yang terguris hati diatas post yang dikeluarkan. Kami ISMA sekali lagi ingin menegaskan, kami bukan menghentam pihak pentadbiran tetapi ingin menyuarakansuara hati mahasiswa dan memperlihatkan kekurangan yang kita hadapi walaupun ia nampak 'remeh'.

Post kali ini melaporkan kemudahan yang serba kekurangan dan mendaifkan. Ia menjadi rungutan ramai dan perlu diberi perhatian segera memandangan 'tempat' berkenaan menjadi tumpuan mahasiswa dan staf setiap hari.


Bukan mengalir tetapi menitis.


Jangan biarkan ia melimpah...

Biasanya lauk pauk jer dibungkus, paip pun boleh rupanya.


Kami harap masalah ini dapat diselesaikan demi kebaikkan semua pihak - para mahasiswa dan pelawat dari luar. Adalah diharap pihak tertentu melakukan tindakan drastik dengan penyenggara kemuadahan yang disediakan.. BERNAMA.

Monday, March 2, 2009

Fwd : Kami ISMA Tidak 'Bersendirian'!

Berikut merupakan logo pertubuhan universiti yang lantang memperjuangkan hak mahasiswa dan berjaya di universiti masing-masing...>















Bak kata pepatah melayu - "Tepuk dada, tanyalah selera". Diharap kepada semua rakan-rakan agar celik dan membuka mata fahami apakah yang tersurat dan yang tersirat. 5 tahun 6 bulan bukanlah tempoh yang singkat, jadi fikirkanlah siapakah yang akan menjaga kebajikan kita sebagai seorang insan yang bergelar mahasiswa?

Jawapannya...ada tersirat di hati anda..

Kami ISMA Tidak 'Bersendirian'!

Di sini saya wakil ISMA ingin menjelaskan bahawa kami tidak bersendirian dalam memperjuangkan visi dan matlamat parti kampus ini. Walaupun dilihat keldil dan tidak menonjol, ISMA kini sebaris dengan pertubuhan universiti yang lantang menegakkan hak pelajar iaitu mahasiswa. Saya menyeru kepada semua guru pelatih di dalam IPGM Kampus Tun Hussein Onn ini agar bijak membuat penilaian dalam memilih barisan calon ISMA dalam pilihanraya kampus kelak.

Di sini saya sertakan link yang berkaitan. Mereka turut mempunyai logo yang sama seperti ISMA dan merupakan gagasan dan bernaung di bawah Persatuan PRO-Mahasiswa Nasional. Adalah ditegaskan bahawa ini bukan PARTI POLITIK MALAYSIA ; KERAJAAN - PAKATAN PEMBANGKANG. Pro- Mahasiswa adalah pertubuhan atau persatuan yang melindungi, memperjuangkan dan menjaga hak kebajiakan mahasiswa atau pelajar. Jadi fahami lah apa yang dibawakan oleh ISMA ini.

WEBSITE :

Mahasiswakini ( PRO-MAHASISWA NASIONAL )
KLIK DI SINI

Pro-M UTM
KLIK DI SINI

Pro-M UPM
KLIK DI SINI

Pro-M UTHM (dulu Kuitho)
KLIK DI SINI

Pro-M UM
KLIK DI SINI

Pro-M USM
KLIK DI SINI

Pro-M UKM (logonya yang seiras-iras ISMA tuuu)
KLIK DI SINI

Kesimpulannya, ISMA mengharapkan agar perjuangan yang diwarwarkan ini dapat dicapai dan setaraf dengan perjuangan dan kejayaan yang berlaku di universiti-universiti yang berkenaan. Diharapkan juga agar pilihanraya yang dijalankan lancar dan bebas dari konspirasi pihak tertentu.

-Admin-

Fwd : ISMA bersih dari kontroversi logo

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekian lama dalam kesibukan menyiapkan tugasan, saya sebagai penulis blog ISMA memohon maaf kerana 'melewatkan'proses mengemaskini tajuk-tajuk dalam blog ini. Sejak beberapa hari ini telah timbul isu 'menciplak logo' yang telah di tulis oleh seorang penulis bebas dari http://aizatdreamer.blogspot.com.

Saya mendapatkan penjelasan beliau dan telah berbincang mengenainya dan telah benjaya mendapat penyelesaian dalam krisis ini.

Dimaklumkan kepada semua, logo ISMA merupakan logo yang mirip dengan logo pro mahasiswa GM-UKM. Walaupun hal demikan,ia didapati tidak menggugat mana-mana parti atau pertubuhan yang ada di Malaysia ini, baik yang berdaftar atau tidak.

Saya sebagai wakil ISMA telah difahamkan bahawa pihak yang berkenaan dengan hati yang terbuka telah membenarkan kita menggunakan logo asas PRO MAHASISWA iaitu mempunyai bulatan+logo institut atau universiti dan satu lembaga manusia di hadapannya. Ia melambangkan perjuangan mahasiswa yang menuntut kebajikan dan hak yang seadilnya.

Kebenarannya adalah, logo yang digunakan adalah 'berasaskan' logo dan identiti PRO-Mahasiswa Nasional yang mana satu organisasi besar mahasiswa dalam negara yang bergiat aktif membela nasib mahasiswa di UKM,UM, UIAM dan UTM. Kesemuanya mendokong matlamat yang sama iaitu memperjuangkan hak mahasiswa.

Untuk pengetahuan semua, saya sebagai penulis blog ISMA, AJK Majlis Tertinggi dan Pemuda ISMA akan mengadakan satu mesyuarat mengenai cadangan penggabungan ISMA dengan Pertubuhan PRO-Mahasiswa Nasional. Kepentingannya, agar ISMA mempunyai suara yang lebih besar dan sokongan dalam menggerakkan manifesto dan visi yang diperjuangkan. Selain itu juga, ISMA akan mengadakan hubungan antara dua hala diantara persatuan pro-mahasiswa universiti yang terdekat contohnya Pro-Mahasiswa UTHM.

Berikut merupakan fwd yang bertajuk ISMA bersih dari kontroversi logo dan boleh dilawati di sini http://aizatdreamer.blogspot.com/2009/03/isma-bersih-dari-kontroversi-logo.html/

klik di sini

Sunday, March 1, 2009

Manifesto Terpilih ISMA

HAK BERPERSATUAN DAN BERSUARA

1. Kebebasan bersuara dan berpersatuan melalui penerbitan risalah .
2. Mengurangkan karenah birokrasi.
3. Mengumumkan masalah atau aduan yang dibuat secara telus dan terbuka..
4. Naik taraf tempat dan kemudahan fotostat.

HAK PENGINAPAN, PENGANGKUTAN, KESIHATAN DAN MAKANAN.

1. Perkhidmatan dobi diuruselia oleh koperasi dan dijalankan di dalam institut.
2. Menyediakan susur gajah.
3. Ampaian pakaian berbumbung.
4. Menyediakan tempat parkir kereta bertar dan jalan bertar ke tempat letak motor Kolej Kediaman Blok Ehsan.
5. Benteng penghadang tanah di tempat letak motor Blok Ehsan.
6. Guru pelatih dibenarkan pulang ke kolej kediaman sekiranya tiada kuliah.
7. Mengadakan Hari Kesihatan dan perkhidmatan kesihatan secara percuma.
8. Menghantar dan mengambil guru pelatih dari hospital tanpa mengira waktu.
9. Insfrastruktur premis, kebersihan, harga dan kualiti makanan terjamin disamping layanan perkhidmatan pengusaha memuaskan.

KEWANGAN

1. Mengeluarkan slip terperinci elaun guru pelatih untuk setiap opsyen.

KESELAMATAN

1. Memperketat kawalan keselamatan.
2. Menjaga hak dan kebajikan pengawal keselamatan.
3. Pos pengawal dan penggunaan teknologi di naik taraf.

INFRASTRUKTUR PEMBELAJARAN DAN PENDIDIKAN GURU PELATIH.

1. Mewujudkan Bilik BBM dan Bilik PBS.
2. Laman web institut berfungsi sebagai media informasi terkini dengan memaparkan silibus, bahan pembelajaran dan keputusan peperiksaan.

KESUKANAN DAN KEBUDAYAAN

1. Naik taraf kemudahan dan keselamatan infrastruktur sukan.
2. Mengeluarkan garis panduan penggunaan kemudahan sukan.
3. Mengadakan majlis kebudayaan dan kesenian antara kaum.
4. Majlis khusus bagi meraikan pelajar tahun akhir.

ALAM SEKITAR

1. Program menghijaukan kampus.
2. Pengurusan sampah sarap dengan sistematik.

Manifesto ISMA 2009



PENGENALAN

KEADILAN dan KEBAJIKAN mahasiswa menjadi misi utama perjuangan ISMA dalam melahirkan guru yang cemerlang dan terbilang disamping memangkin guru pelatih supaya mempertahankan hak mereka.

VISI

ISMA akan memperjuangkan hak dan kepentingan pelajar IPTHO merentasi semua aspek kebajikan.

MISI

1. Memperjuangkan hak dan kepentingan guru pelatih.

2. Mencuba sebaik mungkin untuk memenuhi manifesto.

3. Menjulang visi dan misi sejajar dengan matlamat pihak pengurusan dan pentadbiran.

MOTTO

“One X for Me, One Year for You”


1. HAK GURU PELATIH

i. Berpersatuan dan berorganisasi

a. Memperjuangkan kebebasan bersuara dan berpersatuan bagi menjamin hak dan kepentingan guru pelatih.

b. Mengurangkan karenah birokrasi dalam menjalankan aktiviti guru pelatih.

c. Memberi peluang guru pelatih memimpin organisasi dengan lebih terbuka.

ii. Hak bersuara

a. Mengesyorkan pihak pentadbiran dapat memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk menyuarakan hak mereka melalui penerbitan majalah atau risalah khusus.

b. Mencadangkan pihak pentadbiran agar menyediakan kemudahan fotostat untuk penerbitan majalah atau risalah khusus.

c. Mengesyorkan pihak pentadbiran mengumumkan masalah atau aduan yang dibuat oleh guru pelatih secara terbuka dan telus.

2. HAK KEBAJIKAN

Menjadi tanggungjawab kami memastikan hak guru pelatih terjamin dan terbela.

i. Penginapan

a. Menggesa pihak pentadbiran dapat menyediakan perkhidmatan internet yang lancar.

b. Mencadangkan supaya perkhidmatan dobi diuruselia oleh koperasi dan dijalankan di dalam institut.

c. Mengesyorkan pihak pentadbiran dapat menyediakan susur gajah dari blok 04 ke blok 06, blok 06 ke masjid, blok 03 ke blok 05, blok 02 ke blok 05 dan Pusat Pentadbiran ke pondok pengawal.

d. Mencadangkan pihak pengurusan dapat menyediakan tembok bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini di kolej kediaman.


ii. Pengangkutan

a. Memastikan jalan raya diurus dan diselenggara dengan baik bagi memastikan keselamatan guru pelatih.

b. Mencadangkan pihak pengurusan mengurangkan birokrasi dalam pemilikan stiker kebenaran kenderaan.

iii. Kafeteria dan Makanan

a. Menggesa pihak pengurusan premis makanan supaya cakna terhadap kualiti, kebersihan dan harga makanan.

b. Memastikan kebersihan premis terjaga dan layanan perkhidmatan pengusaha memuaskan.

c. Memastikan infrastruktur premis lengkap dan terjaga.

d. Mencadangkan kantin di buka pada waktu malam.

iv. Kesihatan

a. Mengutamakan kesihatan guru pelatih dengan mengadakan Hari Kesihatan dan hari rawatan secara percuma.

b. Mencadangkan pihak pengurusan bersedia menghantar dan mengambil guru pelatih dari hospital tanpa mengira waktu.

v. Kewangan

a. Menggesa pihak pentadbir mengeluarkan slip terperinci elaun guru pelatih untuk setiap opsyen.

vi. Tempat letak kenderaan

a. Mencadangkan pihak pentadbiran dapat menyediakan tempat letak kenderaan yang selesa dan selamat.

b. Mencadangkan pihak pengurusan dapat menyediakan jalan bertar ke tempat letak motor Kolej Kediaman Blok Ehsan.

c. Mengesyorkan pihak pengurusan dapat membuat benteng penghadang tanah di tempat letak motor Blok Ehsan.

vii. Keselamatan

a. Mengesyorkan pihak pentadbiran agar menyediakan lampu-lampu jalan di tempat tertentu bagi mengelakkan maksiat dan keselamatan terjamin.

3. INFRASTRUKTUR PEMBELAJARAN DAN PENDIDIKAN GURU PELATIH

i. Menggesa pihak pentadbiran dapat menyediakan bilik pembelajaran dan makmal yang menjurus kepada pembentukan guru berdedikasi.

ii. Mencadangkan pihak pentadbiran agar mewujudkan Bilik BBM dan Bilik PBS.

iii. Mencadangkan pihak pengurusan pusat sumber agar memperbanyak bahan rujukan terkini.

iv. Memastikan laman web institut berfungsi sepenuhnya sebagai media informasi terkini institut.

v. Mengsyorkan agar pihak pentadbiran dapat memaparkan silibus dan sumber rujukan terkini bagi subjek pengajian di dalam laman web.

vi. Mencadangkan agar keputusan peperiksaan dapat diperolehi dari laman web.


4. KEBUDAYAAN DAN INTERGRASI

i. Menyemai semangat bersatu padu, hormat menghormati serta bantu-membantu antara guru pelatih.

ii. Mengsyorkan pihak pentadbiran agar mengadakan majlis kebudayaan dan kesenian antara kaum.

iii. Mengadakan majlis khusus bagi meraikan pelajar tahun akhir.

5. KEAGAMAAN

i. Memberi kebebasan kepada semua kaum untuk mengadakan aktiviti keagamaan dan kebudayaan.

6. SUKAN

i. Menyemai semangat kesukanan dan integrasi melalui aktiviti-aktiviti sukan dan kesenian di kalangan guru pelatih.

ii. Menggesa supaya pihak pentadbiran dapat menyediakan kemudahan sukan seperti trek balapan dan penyelenggaraan secara berterusan.

iii. Mengesyorkan pihak pentadbiran dapat mengeluarkan garis panduan penggunaan kemudahan sukan.

7. ALAM SEKITAR

i. Mencadangkan agar pihak pentadbiran mengadakan program menghijaukan kampus.

ii. Memastikan sampah sarap dapat diurus dengan sistematik.