Wednesday, March 4, 2009

Kalam Pidato 4 Februari 2009


Berikut merupakan laporan dan ringkasan daripada Pidato Umum yang dijalankan di BALSIS.


Kalam pidato….

8.50 mlm : Calon dan penyokong GAPI mula berkumpul di hadapan blok 04. Sebanyak 3 buah kereta dan 22 buah motorsikal digunakan dalam perarakan tersebut. Perarakan diketuai oleh calon YDP GAPI, Kamal Shazni diikuti NYDP dan calon exco tertinggi yang lain. Perarakan ini telah menarik minat para pengundi untuk turun memeriahkan lagi PR kampus yang dijadualkan pada 5 dan 6 Mac 2009.

9.05 : Calon-calon dan penyokong GAPI mula bergerak menuju ke Balai Siswa (BALSIS) yang terletak kira-kira 300m. Apa yang menariknya dalam perarakan ini adalah calon Naib Setiausaha dari F.A.I.R. dilihat bersama-sama dalam perarakan anjuran GAPI.

9.15 : Calon bertanding dari parti GAPI tiba di BALSIS bersama penyokong. Bekas NYDP 2008/2009, saudara Muzammir mengetuai laungan “HIDUP GAPI” sebanyak tiga kali.

9.17 : Calon-calon ISMA diketuai saudara Mohd Ikram bin Sa’adan tiba di BALSIS.

9.20 : En.Raof menjemput dan mempersilakan calon-calon yang bertanding masuk ke BALSIS. Ucapan pembukaan “Pidato Umum” dirasmikan oleh En Raof selaku Penasihat JPP. Beliau juga mengingatkan para calon dan penyokong supaya tidak memainkan sentimen-sentimen yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian di dalam kampus.

9.33 : Pengerusi majlis mengambil tempat dan mengumumkan syarat-syarat pidato. Setelah undian dibuat, calon YDP GAPI memulakan pidatonya.

9.35 : Calon YDP GAPI, saudara Kamal Shazni memberi ucapan. Ketika beliau memberi ucapan berlaku sedikit kekecohan antara kedua-dua belah pihak. Kedengaran laungan “Hidup GAPI” diselang-seli dengan laungan “SUARA MAHASISWA” dan “PATUNG”. Menurut penyokong ISMA, istilah “Patung” membawa erti calon berkenaan adalah boneka kepada pihak tertentu.

9.44 : Masa pidato calon YDP GAPI tamat, akan tetapi beliau masih meneruskan ucapan walaupun dibantah oleh penyokong ISMA. Laungan “Suara Mahasiswa” bergema diruang legar BALSIS.

9.46 : Calon YDP GAPI, saudara Kamal Shazni menamatkan ucapannya. Beliau disambut dengan laungan “HIDUP GAPI”

9.47 : Calon YDP ISMA, saudara Mohd Ikram bin Sa’adan mengambil tempat. Beliau membuka ucapan dengan sebaris ayat al-Quran dan sepotong hadis Rasulullah, bermaksud “Berkatalah benar walau ia pahit”. Beliau juga membuka pidatoya dengan memdendangkan sebuah lagu bertajuk “perjuangan” dan disambut dengan meriah oleh para pengundi. Laungan “SUARA MAHASISWA” bergema! Pada sebelah pagi, saudara Mohd Ikram, calon-calon exco dan beberapa orang penyokong telah memulakan kempen PR di BALSIS dari jam 11.30 pg hingga 1.00 ptg. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan terutama dari pengundi berbangsa Cina.

9.55 : Manakala calon dari parti BEBAS, saudara Mohd Faizal bin Sukri mengambil tempat di atas pentas. Beliau dengan mottonya, “Bersama Menjaga Kebajikan Guru Pelatih” tidak mendapat sambutan berikutan kandungan manifestonya tidak menjurus kepada kebajikan guru pelatih. Beliau dilihat hanya memperjuangkan supaya nama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) diubah kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tinjauan yang dibuat, para pengundi tidak meyakini manifestonya itu dapat dilaksanakan.

10.08 : Setelah ketiga-tiga calon YDP membentangkan matlamat dan hala tuju perjuangan parti masing-masing, kini tibalah masanya calon-calon NYDP mengambil bahagian dalam Pidato Umum. Saudara Saufi yang mewakili GAPI naik ke pentas dan disambut oleh penyokong GAPI dan ISMA dengan laungan “HIDUP GAPI” dan “SEDEKAH”. Berlaku sedikit jerit-menjerit di kedua-dua belah pihak.

10.15 : Kelihatan penyokong GAPI mula berundur sedikit demi sedikit dari BALSIS setelah diasak oleh penyokong ISMA. Perjuangan ISMA diteruskan dengan ucapan “berapi” oleh saudara Shahrul Afzan bin Samsul Ali. Beliau mewakili calon NYDP. Laungan “SUARA MAHASISWA” mula mengambil tempat menggantikan “HIDUP GAPI”

10.24 : Calon Setiausaha Agong GAPI, saudari Noraini mengambil tempat menyampaikan pidatonya Walaubagaimana pun, pidato beliau kurang mendapat perhatian berikutan kaedah penyampaiannya yang tidak berkesan. Pada jam 10.33, calon Setiausaha Agong ISMA, saudari Hoo Yee Min diiringi dengan tepukan gemuruh dan laungan “SUARA MAHASISWA” mencuit perhatian ramai. Ucapan yang kemas dan tersusun memberi suatu kelebihan kepada beliau untuk menarik undi para pengundi. Diakhir ucapan, beliau menyanyikan dua buah lagu buat para pengundi.

10.42 : Calon naib setiausaha GAPI, saudara ‘Fair To All’ mula mengambil tempat. Beliau di “BOO” berikutan isu lompat parti. “Cakap-cakap” mengenai calon F.A.I.R lompat parti yang bertiup kencang sebelum ini ada benarnya. Ini disahkan melalui pengumuman yang dibuat beliau dalam Pidato Umum malam tadi. Bualan ramai mengenai isu “lompat Si Katak lompat” mengambil mula membuka minda penyokong GAPI. Laungan “HIDUP GAPI” tidak kedengaran lagi!

10.57 : Calon Bendahari dari parti GAPI dan ISMA, saudara Ahmad Faiz bin Ramli dan Khairul Nizam bin Mohd Sopery menyampaikan pidato mereka. Ucapan bersemangat dari calon ISMA memberi suntikan baru kepada para pengundi. Pelbagai isu-isu dibangkitkan antaranya pemberian elaun, keselamatan, masalah air, kesihatan dan pemakanan.

11.09 : Semasa calon Bendahari ISMA memberi ucapan, para pengundi dikejutkan dengan kejadian “blackout”. Bekalan elektrik terputus tiba-tiba di semua blok bangunan Kampus Tun Hussein Onn. Walau bagaimana pun, ucapan diteruskan seperti biasa. Laungan “SUARA MAHASISWA” bergema ditengah-tengah kepekatan malam.

11.10 : Saudara Chew Woei Aun yang mewakili ISMA untuk jawatan Naib Bendahari telah diumumkan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon (25 Februari 2009) yang lalu. Beliau telah memberi ucapan yang penuh bersemangat dan menyeru supaya para pengundi keluar mengundi dan menyokong ISMA. Terima kasih Chew.

11.15 : Pidato Umum tamat. Calon-calon bertanding bersama penyokong bersurai.

3 comments:

  1. salam....
    ckup bkesan pidato yg disampaikan saudari calon stiausaha agung ISMA????? owh.. baru saya tahu BALSIS = MASJID sama rupanye... x sangka ISMA begitu mengenali institut.. lancar pula mengucapkan 'insyaAllah..." kagum2... skrip pidato yg penuh menarik tetapi syg nye bagai pernah ku dengar pidato itu dimana ya????? mungkin di pidato kebangsaan..

    alhamdulillah.. dan syukur kepada ALLAH s.w.t... kerana dpt membuka mata saya untuk melihat ISMA yang telah melahirkan para penyokong yg dpt kita lihat seperti seorang muslim sejati dgn berkopiah serta boleh dikatakan seperti seorang imam yang pulang dari masjid.... walaubagaimanapun... syg seribu kali syg......
    1. tidak langsung menghormati hak2 calon yg bertanding dalam menyampaikan hasrat manifesto mreka dgn tenang.
    2. berteriakan seolah2 berada di dunia sendiri tanpa memikirkan org lain... bagaikan anjing menyalak bukit.... kesian......
    3. tidak menunjukan kematangan.
    4. menggeleng2 kepala melihat perarakan GAPI seolah2 muslim sjati namun HAKIKATNYA???????
    5. yg lebih menyedihkan hati, yg sudah hampir ke peringkat akhir pengajian, namun masih bersikap seperti tidak cukup ilmu pedagoginya, tidak cukup sifat gurunya... tidak hairanlah insan2 ini popular dikalangan pensyarah kerana...??? tepuk dada tanya iman.. opss.. adakah???

    sya disini bukan menyokong mana2 pihak.. tetapi stelah melihat aksi hebat pd malam smalam khususnya penyokong ISMA.. slaku seorg muslim dan bakal guru sya kecewa kerna mlihat adegan2 yg cukup memalukan ini...

    jgnlah hanya melihat kelemahan org lain.. kembalilah ke perjuangan sbnar untuk memperjuangkan hak2 pelajar... wasalam...

    ReplyDelete
  2. 5. yg lebih menyedihkan hati, yg sudah hampir ke peringkat akhir pengajian, namun masih bersikap seperti tidak cukup ilmu pedagoginya, tidak cukup sifat gurunya... tidak hairanlah insan2 ini popular dikalangan pensyarah kerana...??? tepuk dada tanya iman.. opss.. adakah???

    saya teringin berjumpa dengan saudara/ri...

    saya yg benar...
    Wafi Ariffin
    PISMK OUM
    JUlai 2004
    Pelajar tahun akhir...

    ReplyDelete
  3. wsalam...


    tidak menyokong sesiapa tidak sesuai digunakan utk komen y dibuat...
    kerana terserlah sikap prejudis dalam komen berat sebelah y dibuat..
    hanya menhentam sebelah pihak..
    walaupun pada masa y sama pihak lain juga melakukan perkara y serupa...
    terserlah sikap prejudis anda dalam memberi komen..

    utk pengetahuan..
    perkara berkenaan...
    tidaklah seburuk dan sekotor pe y dilakukan oleh pihak2 tertentu dalam berkempen..
    menggunakan istilah jamuan utk meraih undi...
    serta menyerang peribadi pihak lawan...
    sungguh hina dan dayus perbuatan tersebut..
    memburuk-burukkan satu2 pihak dan membuat fitnah y besar...adakah itu adegan y perlu dicontohi.....???? dan menggambarkan muslim sebenar???

    utk pengetahuan anda juga..
    jika mengikuti perjalanan prk di universiti..
    mereka lebih hebat dari itu..
    tapi adakah ia menunjukkan bahawa mereka tidak cukup ilmu..
    atau rendah pemikirannya...???
    cuba la buka minda sket...
    kalau mcm tu pn tak leh nk hadapi..
    camna kalau kene tekanan y lg hebat dari tu..
    pemimpin bukan saja kene pandai bercakap(walaupun tak mampu nk laksanakan)..
    tetapi mestii kuat dari segi mentalnya..
    dalam menghadapi dan menyerap tekanan yang datang....
    mcm mana nnti kalau di"basuh" ngan pihak2 tertentu...
    dapatkah diperjuangkan hak2 pelajar y dicanang2kan?????

    dan bukannye tak berpeluang utk cakap lansung pemidato2 pada malam tu...
    mereka ( y dikatakan tidak hormat org...)pn profesional dan memahami etika2 ketika pidato dijalankan....memberi peluang pada pemidato utk berucap...
    jadi...
    cubaa buka minda dan mata hati....
    jgn trus menghukum....
    dan terlalu jumud..

    salam dari talam

    ReplyDelete