Friday, March 6, 2009

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PILIHAN RAYA IPGM KTHO

Laporan terkini dari Bilik Suruhanjaya Pilihan Raya Institut Perguruan Tun Hussein Onn.
Mengikut maklumat yang diberikan oleh wakil kita di sana, di sini diumumkan keputusan tidak rasmi pilihan raya:

YDP dimenangi oleh Saudara Faizal(Bebas)(Majoriti 94 undi)

NYDP dimenangi oleh Shahrul(ISMA)(Majoriti 384 undi)

S/U dimenangi oleh Nor Aini(GAPI)( Majoriti 139 undi)

N.S/U dimenangi oleh Faiz(ISMA)(Majoriti 257 undi)

Bendahari dimenangi oleh Ahmad Faiz(GAPI)(Majoriti 58 undi)

N/Bend Menang Tanpa bertanding: Chew(ISMA)

ISMA memenangi 3 kerusi, GAPI 2 Kerusi dan Bebas 1 kerusi

Sekian, Tahniah pada yang bertanding.Keputusan Rasmi akan diumumkan Selasa ini.

Thursday, March 5, 2009

Marilah Mari..Kita Mengundi..Tunaikan Kewajiban Kepada Kampus...




Hari : Jumaat
Masa : 8 pagi sehingga 12.00 tengah hari..
Tempat : Balai Budiman

Marilah kita beramai-ramai datang dan membuang undi.

TIPS :

-BAWA BERSAMA KAD PENGENALAN / KAD MATRIX IPGM KTH

-MATIKAN TELEFON BIMBIT ATAU GUNAKAN 'SILENT MOOD'.

-BERATUR MENGIKUT GILIRAN.


-BERIKAN LALUAN KEPADA MEREKA YANG MAHU PULANG AWAL / MEMPUNYAI URUSAN LAIN.

-BERPAKAIAN KEMAS DATANG KE PUSAT PENGUNDIAN

-DILARANG MEROKOK DAN MAKAN.

-ELAKKAN BERPAKAIN TIDAK SENONOH KERANA ANDA MUNGKIN DIGELAR PENGUNDI HANTU


-TIDAK MELAMBATKAN MEMBUANG UNDI DENGAN MELEPAK DI POS PERAIH UNDI.


-JANGAN MENCONTENG ATAU LUKIS DI ATAS KERTAS UNDI


-PANGKAH DI DALAM KOTAK YANG DISEDIAKAN

-ELAKKAN UNDI ROSAK.


-JANGAN MENJERIT DI DALAM PUSAT PENGUNDIAN.

-JANGAN MENIRU KERTAS UNDI RAKAN ANDA.


-UNDI ADALAH RAHSIA DAN TIDAK BOLEH DIUMUMKAN KEPADA SESIAPA PUN.


-ELAKKAN MEMBAWA LOGO PARTI.


-DILARANG BERBUAL KOSONG DENGAN PETUGAS.

-JANGAN MEMBERI RASUAH MAHUPUN SUAPAN KEPADA PETUGAS ATAU PENGUNDI LAIN.

-JIKA TERDAPAT KERAGUAN SILA BERTANYA KEPADA PETUGAS. JANGAN BAWA KELUAR KERTAS UNDI.

-JIKA ANDA SEORANG PENGUNDI 'DI ATAS PAGAR' , SILA PANGKAH CALON ISMA KERANA SETIAP UNDI AMAT BERNILAI BAGI KAMI.

-MASUK DAN KELUAR MENGIKUT LALUAN YANG DISEDIAKAN.


-FIKIR DAHULU SEBELUM MEMBUANG UNDI

- JANGAN MELENGAHKAN MASA.


-SILA LAPORKAN KERAGUAN ATAU KELIBAT YANG MENCURIGAKAN. MEREKA MUNGKIN PENGUNDI HANTU YANG DIIMPORT DARI IP YANG BERDEKATAN ATAU PELAJAR TEKNIK.


-JIKA ANDA PEMPUNYAI KULIAH ATAU KELAS, SILA MINTAK PENGECUALIAN ATAU KELUAR PENGIKUT KEBENARAN PENSYARAH.



Selamat mengundi kepada semua mahasiswa IPGM KTHO tidak kira kepada ahli parti yang bertanding. Suarakan kemahuan anda dengan memangkah parti yang mampu membawa kebaikkan, kebajikan dan keadilan kepada hidup anda di kampus.

Sekadar Renungan...

ISMA,ISMA dan ISMA

Wednesday, March 4, 2009

Kalam Pidato 4 Februari 2009


Berikut merupakan laporan dan ringkasan daripada Pidato Umum yang dijalankan di BALSIS.


Kalam pidato….

8.50 mlm : Calon dan penyokong GAPI mula berkumpul di hadapan blok 04. Sebanyak 3 buah kereta dan 22 buah motorsikal digunakan dalam perarakan tersebut. Perarakan diketuai oleh calon YDP GAPI, Kamal Shazni diikuti NYDP dan calon exco tertinggi yang lain. Perarakan ini telah menarik minat para pengundi untuk turun memeriahkan lagi PR kampus yang dijadualkan pada 5 dan 6 Mac 2009.

9.05 : Calon-calon dan penyokong GAPI mula bergerak menuju ke Balai Siswa (BALSIS) yang terletak kira-kira 300m. Apa yang menariknya dalam perarakan ini adalah calon Naib Setiausaha dari F.A.I.R. dilihat bersama-sama dalam perarakan anjuran GAPI.

9.15 : Calon bertanding dari parti GAPI tiba di BALSIS bersama penyokong. Bekas NYDP 2008/2009, saudara Muzammir mengetuai laungan “HIDUP GAPI” sebanyak tiga kali.

9.17 : Calon-calon ISMA diketuai saudara Mohd Ikram bin Sa’adan tiba di BALSIS.

9.20 : En.Raof menjemput dan mempersilakan calon-calon yang bertanding masuk ke BALSIS. Ucapan pembukaan “Pidato Umum” dirasmikan oleh En Raof selaku Penasihat JPP. Beliau juga mengingatkan para calon dan penyokong supaya tidak memainkan sentimen-sentimen yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian di dalam kampus.

9.33 : Pengerusi majlis mengambil tempat dan mengumumkan syarat-syarat pidato. Setelah undian dibuat, calon YDP GAPI memulakan pidatonya.

9.35 : Calon YDP GAPI, saudara Kamal Shazni memberi ucapan. Ketika beliau memberi ucapan berlaku sedikit kekecohan antara kedua-dua belah pihak. Kedengaran laungan “Hidup GAPI” diselang-seli dengan laungan “SUARA MAHASISWA” dan “PATUNG”. Menurut penyokong ISMA, istilah “Patung” membawa erti calon berkenaan adalah boneka kepada pihak tertentu.

9.44 : Masa pidato calon YDP GAPI tamat, akan tetapi beliau masih meneruskan ucapan walaupun dibantah oleh penyokong ISMA. Laungan “Suara Mahasiswa” bergema diruang legar BALSIS.

9.46 : Calon YDP GAPI, saudara Kamal Shazni menamatkan ucapannya. Beliau disambut dengan laungan “HIDUP GAPI”

9.47 : Calon YDP ISMA, saudara Mohd Ikram bin Sa’adan mengambil tempat. Beliau membuka ucapan dengan sebaris ayat al-Quran dan sepotong hadis Rasulullah, bermaksud “Berkatalah benar walau ia pahit”. Beliau juga membuka pidatoya dengan memdendangkan sebuah lagu bertajuk “perjuangan” dan disambut dengan meriah oleh para pengundi. Laungan “SUARA MAHASISWA” bergema! Pada sebelah pagi, saudara Mohd Ikram, calon-calon exco dan beberapa orang penyokong telah memulakan kempen PR di BALSIS dari jam 11.30 pg hingga 1.00 ptg. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan terutama dari pengundi berbangsa Cina.

9.55 : Manakala calon dari parti BEBAS, saudara Mohd Faizal bin Sukri mengambil tempat di atas pentas. Beliau dengan mottonya, “Bersama Menjaga Kebajikan Guru Pelatih” tidak mendapat sambutan berikutan kandungan manifestonya tidak menjurus kepada kebajikan guru pelatih. Beliau dilihat hanya memperjuangkan supaya nama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) diubah kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tinjauan yang dibuat, para pengundi tidak meyakini manifestonya itu dapat dilaksanakan.

10.08 : Setelah ketiga-tiga calon YDP membentangkan matlamat dan hala tuju perjuangan parti masing-masing, kini tibalah masanya calon-calon NYDP mengambil bahagian dalam Pidato Umum. Saudara Saufi yang mewakili GAPI naik ke pentas dan disambut oleh penyokong GAPI dan ISMA dengan laungan “HIDUP GAPI” dan “SEDEKAH”. Berlaku sedikit jerit-menjerit di kedua-dua belah pihak.

10.15 : Kelihatan penyokong GAPI mula berundur sedikit demi sedikit dari BALSIS setelah diasak oleh penyokong ISMA. Perjuangan ISMA diteruskan dengan ucapan “berapi” oleh saudara Shahrul Afzan bin Samsul Ali. Beliau mewakili calon NYDP. Laungan “SUARA MAHASISWA” mula mengambil tempat menggantikan “HIDUP GAPI”

10.24 : Calon Setiausaha Agong GAPI, saudari Noraini mengambil tempat menyampaikan pidatonya Walaubagaimana pun, pidato beliau kurang mendapat perhatian berikutan kaedah penyampaiannya yang tidak berkesan. Pada jam 10.33, calon Setiausaha Agong ISMA, saudari Hoo Yee Min diiringi dengan tepukan gemuruh dan laungan “SUARA MAHASISWA” mencuit perhatian ramai. Ucapan yang kemas dan tersusun memberi suatu kelebihan kepada beliau untuk menarik undi para pengundi. Diakhir ucapan, beliau menyanyikan dua buah lagu buat para pengundi.

10.42 : Calon naib setiausaha GAPI, saudara ‘Fair To All’ mula mengambil tempat. Beliau di “BOO” berikutan isu lompat parti. “Cakap-cakap” mengenai calon F.A.I.R lompat parti yang bertiup kencang sebelum ini ada benarnya. Ini disahkan melalui pengumuman yang dibuat beliau dalam Pidato Umum malam tadi. Bualan ramai mengenai isu “lompat Si Katak lompat” mengambil mula membuka minda penyokong GAPI. Laungan “HIDUP GAPI” tidak kedengaran lagi!

10.57 : Calon Bendahari dari parti GAPI dan ISMA, saudara Ahmad Faiz bin Ramli dan Khairul Nizam bin Mohd Sopery menyampaikan pidato mereka. Ucapan bersemangat dari calon ISMA memberi suntikan baru kepada para pengundi. Pelbagai isu-isu dibangkitkan antaranya pemberian elaun, keselamatan, masalah air, kesihatan dan pemakanan.

11.09 : Semasa calon Bendahari ISMA memberi ucapan, para pengundi dikejutkan dengan kejadian “blackout”. Bekalan elektrik terputus tiba-tiba di semua blok bangunan Kampus Tun Hussein Onn. Walau bagaimana pun, ucapan diteruskan seperti biasa. Laungan “SUARA MAHASISWA” bergema ditengah-tengah kepekatan malam.

11.10 : Saudara Chew Woei Aun yang mewakili ISMA untuk jawatan Naib Bendahari telah diumumkan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon (25 Februari 2009) yang lalu. Beliau telah memberi ucapan yang penuh bersemangat dan menyeru supaya para pengundi keluar mengundi dan menyokong ISMA. Terima kasih Chew.

11.15 : Pidato Umum tamat. Calon-calon bertanding bersama penyokong bersurai.

Tuesday, March 3, 2009

Sembang Shin Chan...

Siapakah Bertanggungjawab ???

Assalammualaiukum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ISMA yang setia dan sering post-post kami ini. Walaupun kami di pihak ISMA mendapat pujian dan kritikan , kami menerimanya dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif. Terima kasih atas pandangan anda semua.

Kami juga memohon maaf kepada pihak-pihak tertentu yang terguris hati diatas post yang dikeluarkan. Kami ISMA sekali lagi ingin menegaskan, kami bukan menghentam pihak pentadbiran tetapi ingin menyuarakansuara hati mahasiswa dan memperlihatkan kekurangan yang kita hadapi walaupun ia nampak 'remeh'.

Post kali ini melaporkan kemudahan yang serba kekurangan dan mendaifkan. Ia menjadi rungutan ramai dan perlu diberi perhatian segera memandangan 'tempat' berkenaan menjadi tumpuan mahasiswa dan staf setiap hari.


Bukan mengalir tetapi menitis.


Jangan biarkan ia melimpah...

Biasanya lauk pauk jer dibungkus, paip pun boleh rupanya.


Kami harap masalah ini dapat diselesaikan demi kebaikkan semua pihak - para mahasiswa dan pelawat dari luar. Adalah diharap pihak tertentu melakukan tindakan drastik dengan penyenggara kemuadahan yang disediakan.. BERNAMA.