Saturday, February 28, 2009

Ketidakselesaan Yang Tidak Disuarakan




Malaysia terkenal dengan anugerah alam flora dan faunanya yang menghijau dan menyerikan. keindahan alam yang tak ternilai ini merupakan salah satu warisan yang perlu kita jaga. Antara keindahan yang ada di Malaysia ialah gua. Terdapat banyak gua yang indah dan cantik di serata negeri. Contohnya Gua Kelam, Gua Niah, Gua Dinding, Gua Kelawar Langkawi dan banyak lagi. Asalkan berduit dan mempunyai kenderaan kiat boleh melancong dan melihatnya dengan lebih dekat lagi.

Di dalam gua terdapat pelbagai bentuk hiasan asli gua batu kapur seperti STALAGMIT dan STALAKTIT yang pelbagai bentuk , saiz dan arca indah. Para peminat geopark boleh melihat pelbagai khazanah alam yang belum begitu terusik berusia jutaan tahun. Burung-burung dan kelawar kelihatan tergantung di lelangit gua . Suasananya amat gelap dan menyeramkan. Pemandu pelancong atau pemandu bot akan memberikan sebuah lampu suluh ketika hendak masuk ke dalam gua . Panjang gua boleh mencapai beratus-ratus meter.

Jika dimasukkan di dalam silibus pelajaran, guru-guru mungkin pening dan gusar bagaimanakah caranya untuk menerangkan kepada murid-murid apakah itu - 'Stalagmit' dan 'Stalaktit'. Ia juga dikenali sebagai titisan batu halus (mikro) berunsurkan kalsium berkepekatan tinggi yang bergerak dan mengikat zarah-zarah dengan bantu air.

Tidak perlu melancong jauh, ayuh kita melihat ke tandas / bilik air sekitar kolej kediaman kita. Lagi bermakna kita 'bawakkan bersama' Penyelia Asrama yang begitu komited terhadap undang-undang dan peraturan asrama (yg suka wat rush tu). Marilah sejenak kita beriadah.

'Keindahan' yang hanya di dapati di gua batu kapur ini bukanlah terbentuk sekitar 2 ribu hingga 10 ribu tahun dahulu,tetapi hanya berlaku berbulan sejak kebelakangan ini. Ia merupakan titisan air dan kalsium yang 'bocor' dari paip pembentungan. Sehingga menyebabkan STALAGMIT dan STALAKTIT! Lebih menyedihkan ia turun bersama air najis yang menitik seolah-olah hujan di pagi hari. Siapakah yang boleh tahan dengan apa yang berlaku?

Jika setitik air 'embun' ini menitis lalu hinggap di kepala kita apakah reaksi kita? Bagi penghuni beragama Islam, air ini merupakan air najis dan digelar najis mutawhsitah. Ia perlu dibersihkan menggunakan 3 kali bilasan air bersih yakni mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa. Manakala jika terkena kepada penghuni hostel berketurunan Cina pulak, ia melambangkan 'suey' atau sial. Sehingga menjejaskan 'ong' dan menggugat fung shyui dalam kehidupan harian. Begitu juga terhadap penghuni berketurunan India.

Masalah yang berlaku bertambah buruk lagi dengan adanya tingkap yang pecah, pintu yang tertanggal dan lubang paip yang tersumbat.

Lebih menyedihkan, tandas yang digunakan itu turut dikongsi bersama oleh calon YDP ISMA dan Calon Bendahari Agong GAPI. Menurut manifesto ISMA yang diwarwarkan, - kebajikan pelajar / penghuni asrama akan terpilihara.

Ayuh, berikan lah sokongan padu kepada ISMA dan barisan calonnya. Kami ISMA kan sedaya upaya menyelesaikan masalah yang dihadapi ini demi kepentingan keselesaan penghuni, guru pelatih IPGM KTHO ini. Berikanlah kami peluang untuk memegang jawatan terpenting kampus sepenggal ini. Bersama sama kita membentuk pakatan Inspirasi Suara Mahasiswa!


P/S : Sebarang permasalahan boleh disuarakan kepada barisan calon ISMA, dan setiap masalah akan di post kan di dalam blog. Biarkan masalah ini terang lagi bersuluh agar semua pihak membuka mata dan kami ISMA akan menyelesaikannya.

'Stalagmit' yang boleh dilihat
'Stalaktit' yang terhasil di lantai 'gua'


bukan 1, tetapi banyak lagi yang dapat dilihat

1 comment:

  1. Saya setuju dengan usul ini, pembaikan dan penyelenggaraan yang kerap atau setidak-tidaknya pemantauan dilakukan oleh warden. Jangan ingat tanggungjawab di asrama nak RUSH jer..tu asrama sekolah boleh la.Kami dah dewasa. Apa yang kami perlukan adalah keselesaan dan kerjasama warden serta pengurusan Asrama.Sokong usul ini!!!!!!!!

    ReplyDelete